Tuesday 31 January 2012

al-baqarah 102.analisis part 2

Al-Qurthubi berkata, "Maa merupakan negasi(penafian?) dan di-'athof-kan kepada wamaa kafara sulaimaanu." Kemudian Allah berfirman, "Namun setanlah yang kafir; mereka mengajarkan sihir kepada manusia. Dan tidaklah diturunkan kepada dua malaikat...." Hal itu karena kaum Yahudi beranggapan bahwa sihir itu diturunkan oleh Jibril dan Mikail, lalu Allah mendustakan mereka dan kata haaruuta wamaarut merupakan badal pengganti daripada syaitan.”

Ibnu kathir bersetuju dan tidak berganjak ke penafsiran lain kerana jamak itu dimutlakkan kepada dua unsur. Contohnya firman Allah fain kaana lahuu ikhwatun atau ada pengikut-pengikut Harut dan Marut, atau kerana pembangkangan mereka disebut. Maksudnya ayat itu berbunyi "Namun, setan-setan itu mengajari manusia sihir di Babil, yaitu Harut dan Marut."

Bersanadkan melalui al-Aufi dari Ibn Abbas, Ibnu Jarir meriwayatkan: , "Dan tidaklah diturunkan kepada dua malaikat di Babil", katanya: tidak diturunkan sihir. "Dan tidaklah diturunkan kepada dua malaikat," menurut Ibnu Abbas, dengan sanad Ibnu Jarir dari Rabi' bin Anas, ayat itu berarti Allah tidak menurunkan sihir kepada keduanya. Ibnu Jarir berkata, "Penakwilan ayat 'dan mereka mengikuti apa yang dibacakan setan pada masa kerajaan Sulaiman', yaitu berupa sihir, Sulaiman tidaklah kafir, dan Allah tidak menurunkan sihir kepada dua malaikat, namun setanlah yang kafir, mereka mengajari manusia sihir di negeri Babil melalui Harut dan Marut. Kata 'di negeri Babil melalui Harut dan Marut' merupakan ayat yang maknanya didahulukan dan lafazhnya diakhirkan."

Ada yang berbeza qiraat,”dan tidaklah diturunkan kepada 2 malaikat” membaca malaikat dengan malikaimi (Daud dan Sulaiman a.s) dengan perkataan maa sebagai penafian. Maka ayatnya "Sesungguhnya Allah Ta'ala tidak menurunkan sihir dan Dia tidak mengajarkannya kepada dua orang raja, yaitu Daud dan Sulaiman."

Ada yang berpendapat Harut dan Marut adalah 2 kabilah jin, ada yang berpendapat 2 orang laki-laki. “Pendapat yang sahih ialah yang telah ditegaskan oleh al-Qurthubi, yaitu bahwa Harut dan Marut merupakan badal dari setan. Pendapat ini, seperti telah dikatakan, merupakan penafeiran yang paling sahih terhadap ayat itu, dan Ibnu Katsir pun tidak menoleh kepada pendapat lainnya. “

Adapun kisah tentang wanita yang menjadi planet Zuhrah, Harut dan Marut yang diazab disebabkan dosa mereka ditolak oleh majority ahli hadith, hafidz, dan mufassirin kerana tidak sampai kepada Rasulullah s.a.w. Tiada hadith marfu’ dan sahih sanadnya bersambung kepada Nabi kita yang maksum dan tidak bertutur berdasarkan hawa nafsu. Adapun telah tercatat juga dalam tafsir ibn kathir,juz 1,m’s 141, kisah Harut dan Marut ini diriwatkan dari sekumpulan tabiin seperti Mujahid, as-suddi,al-hasan Basri, Qatadah, Abu al-‘Aliyah, az-Zuhri, ar-rabi’ bin Anas, Muqatil bin Hibban dan lain-lain lagi. Kisah ini kembali kepada tafsilan cerita-cerita Bani Israil, seperti yang dibawakan oleh golongan mufassirin mutaqqimin dan mutaakhirin. Adapun zahir al-Quran menceritakan kisah secara keseluruhan dan tidak terlalu terperinci mahupun terlalu ringkas.  Kita patut mengimaninya dan berserah kepada Allah yang maha mengetahui hakikat cerita itu.

Berdasarkan Tafsir al-azhar karangan Buya Hamka, tercatat as-sayuthi dalam kitab ad-durul manstsur menyalin riwayat tentang kisah planet zuhrah tanpa ada komentar. Ibnu kathir juga ada menyalinkan juga sebahagian tapi dia tegas menolak dan "Kesimpulannya ialah bahwa semuanya ini kembali kepada ceritera-ceritera Bani Israil, sebab tidak ada dari Hadits yang marfu' dan shahih yang ada rantai hubungannya dengan Nabi kita as-Shadiq al-Mashduq ( yang benar lagi dibenarkan), lagi Ma'shum, yang apabila beliau bercakap tidaklah keluar dari kehendaknya sendiri.” Al- Qurthubi membantah keras riwayat ini yang mengatakan tidak mungkin riwayat ini daripada Ibnu Umar. Ar-Razi menegaskan dalam tafsirnya bahwa kisah ini tertolak kerana membelakangkan akal.

Berdasarkan Tafsir Fi Dzilal karangan Syed Qutb,  Allah jualah yang mengizinkan sebab-sebab melahirkan tindakan, mewujudkan kedan dan menghasilkan natijah seperti mana kes sihir ini memberi kesan kepada manusia. Beliau berpendapat Harut dan Marut merupakan malaikat yang diutuskan daripada Allah untuk memberi ujian kepada manusia. Wallahua’lam.

Secara tuntasnya, maka telah lengkaplah kajian ini pada 31 Januari 2012 pada 7 rabiul awal 1433 sebelum waktu zuhur. Moga kajian ini dapat meluaskan kotak fikiran kita dalam menapis dan menimbang tara tahap dan taraf sesuatu maklumat dan perbezaan pendapat itu merupakan sesuatu rahmat kecuali dalam perkara akidah kerana kita semua berpegang kepada akidah yang satu iaitu mentauhidkan Allah dan awal agama itu adalah mengenal Allah. Apa-apa yang baik daripada Allah dan buruk itu saya sandarkan kepada diri saya selaku hambaNya dan pada hakikatnya baik dan buruk itu datang daripada Allah.

*rujukan:
1) kitab tafsir ibn kathir(terjemahan dan asal)
2) kitab fi dzilalil quran syed qutb(juzuk 1,versi bahasa Melayu)
3) kitab tafsir al-azhar
4) Kitab tafsir pimpinan ar-rahman
5) Ahmad Fadilah Sarnap, Kisah Israiliyat dalam Tafsir dan Hadith(Isra'iliyat fi al-tafsir wal   
 al-hadith,Dr. Muhammad Hussin az- Zahabi), Perniagaan Jahabersa, (1996) -
ISBN 983-077-074-5



No comments:

Post a Comment