Tuesday, 31 January 2012

al-baqarah 102.analisis part 1

*Apa-apa pembetulan/komen yang membina mat dialu-alukan.


Analisis ayat al-quran, surah al-baqarah 2:102(part 1)
Adapun kajian ini dibuat bukan semata-mata untuk memuaskan nafsu ingin tahu manusia, tetapi adalah untuk mencari pentafsiran yang paling hampir dengan maksud yang ingin disampaikan oleh al-Quran. Di samping itu,untuk memudahkan kita semua membuat rujukan dan mengukuhkan kenyainan kita agar lebih beriman lagi.Moga usaha ini akan lebih mendekatkan kita kepada Allah dan moga Allah sentiasa memberi hidayah kepada kita seperti mana kita selalu memohon supaya Allah tidak membolak-balikkan hati kita. Limitasi kajian ini adalah kepada ayat"Dan apa yang diturunkan kepada dua orang malaikat di negeri Babil yaitu Harut dan Marut, sedang keduanya tidak mengajari seorang pun sebelum keduanya mengatakan, "Sesungguhnya kami adalah ujian, maka janganlah kamu kafir." 

Seperti mana kita tahu, tafsir itu terbahagi kepada dua, iaitu tafsir ma’thur dan ra’yi. Adapun dalam sesetengah tafsir  terlalu banyak kisah Israilliyyat hingga menghilangkan keaslian makna sebenar dan ada yang hanya menukilkan kisah-kisah tersebut;sama ada berdiam diri ataupun memberi komentar yang tersendiri yang boleh dirujuk dalam buku tafsir tersebut. Para ulama berbeza pendapat  hokum meriwayatkan Israiiliyat dalam perkara ini. Selain itu, setiap mufassir (ahli tafsir) mempunyai metodologinya tersendiri. Oleh sebab itu, untuk kefahaman yang lebih menyuluh, budaya membaca perlu disuburkan. Moga segala usaha mereka yang baik mendapat keredhaan Allah dan Allah jualah yang Maha Sempurna.

Mengikut tafsir ar-rahman: “Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan Mengikut ajaran- ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puakSyaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yangmenyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya) kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmusihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut,di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: "Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)". …

Adapun dalam tafsir ibn kathir, Allah menyucikan Jibril, Mikail a.s dan Nabi Sulaiman a.s daripada tuduhan kaum Yahudi yang menyakini mereka terlibat dalam hal-hal sihir. Hal yang demikian kerana sihir diajarkan kepada manusia di Babil yang merupakan perbuatan setan. “Jika ditafsirkan demikian, maka man dalam kata wamaa unzila 'alal-malakaini merupakan man nafyi, bukan sebagai isim maushul yang bermakna 'yang'. 

-----to be continue---

No comments:

Post a Comment