Thursday 26 July 2012

adz-dzakariyat QausQuzzah.

--Tilawah surah jumuah.
taa'wuz dulu.baru basmalah..

......


ayat 1:
Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi sentiasa mengucap tasbih kepada Allah Yang Menguasai (sekalian alam), Yang Maha Suci, Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

------------------------------------
berpagi berilmu panjang barakah
bicara bestari lancar menulis
kata hikmah bertanda doa
moga lancar tenang fikiran :)
---------------------------------------------


Di-quote daripada blog lain, time tengah nak cari "metafora pelangi" kat pakcik google,makna metafora yang lain,tq ya kpd pemilik blog tersebut:

" To achieve SUCCESS, we need to work in a group...
Like the RAINBOW, they are so beautiful because those colours decided to stay together "
- Dr. Harlina Halizah Hj Siraj
------------------------------------------


Dikutkan dalam buku Molecular biology yang baru 1/4 khatam lagi nak koyak akibat entahla, menyebut tentang RNA polymerase structure. Apakah itu?
Adalah pulak 4 subunit yang membentuk RNA polymerase ini. Beratnya 150kD, 160kD,70kD dan 40 kD diceritakan.
Pelbagai cara yang sainstis buat experiment tentang RNA polymerase ini.
 Ini adalah sejenis enzim ya. MAkin lama baca buku, makin rasa tak tahu. KEnalah jumpa pensyarah/guru-guru kita untuk membuka kunci yang mengusutkan fikiran lagi akal.

PEndek kata mereka cuba memahami benda yang kita tak boleh gambarkan dalam kepala kita ini melainkan dengan adanya bukti yang jelas.
Tup2, mereka tadabbur ayat quran.
Tu bagi yang beriman lagi muttaqin.
Dapat pahala (^__^)

Sayang sekali buat Encik Richard BurGess & AnDrew Travers menggunakan kaedah ion-exchange chromatography dalam experiment ni. Masukkan satu bakul RNA enzim ni. Tup2, dalam spesifiknya enzim, dalam enzim tu ada lagi spesifiknya lagi.
Rahsia berlapis rahsia.
Allah jua yang mengurniakan ilmu dan memberi faham kepada kita semua (^__^)
Meskipun kita telah banyak berdoa, berusaha segala bagai--usaha cara baik ya--
Ketahuilah Allah tahu apa yang terbaik buat kita.
Kita kena pasakkan niat+taqwa walupun kita ini insan.
Istiqamah selalu~

Ilmu daripada alam fizikal ini diterjemahkan kepada ilmu alam yang lebih tinggi. Banyak kitab sufi yang menyebut tentang hakikat hamba ini. Panjang perbahasannya di sini kecuali bagi yang telah menyelami lautan perbahasan ini yang nampak rumit bagi orang awam seperti kita semua. Mana ada masa kita nak baca semua kitab/buku? Ilmu Allah itu macam apa yang ALlah firmankan dalam surah Kahfi ayat yang last-last tuh.
Jom baca al-Kahfi tiap hari jumaat moga istiqamah. Kenapa ya baca al-Kahfi?. ADa hadith yang sebut ke??
Aha, cari sendiri.
Mohonlah hidayahNya.

Sedangkan benda lebih kecil daripada kuman asyik hidup bermasyarakat macam tu, inikan kita pula.
Kita di mana? alam mikrokosmos? makrokosmos? cari sendiri. Alquran telah diturunkan sebagai perlembagaan hidup kita. Apabila kita berselisih, kembalilah kepada kitab Allah. Manusia itu diciptakan
untuk saling kenal-berkenalan. Atas dasar taqwa ya. amal makruf nahi munkar. Ajak kepada kebaikkan dahulu. ADa ke orang suka kena condemn awal-awal tanpa hikmah, tanpa adab? Tiap orang itu istimewa kerana Allah menjadikan kita lain-lain. DNA pun lain-lain. APatah lagi hati dan jiwa raga?
 Hati manusia itu cenderung untuk dihargai dan suka kepada kebaikkan.


Walaupun jauh, tetap saling berhubung=mendoakan=mengharapkan yang terbaeek.
LAgipun macam hadith tujuh golongan yang dinaungi Allah kelak?----CUBA TANYA PAKCIK GOoGle.
Analoginya apabila kita tengok pokok kat tepi-tepi jalan tu, pandanglah dgn pandangan hamba Allah.
Mereka sentiasa bertasbih!
Ketika kesaksian kita diambil sebelum kita lahir, we have made a pact with Allah.
kitalah orang yang difirmankan Allah dalam surah baqarah, ayat 30.
Kitalah, itulah ,inilah,ha.ha.ha.
Korang pun tahu gunung;contohnya gunung jerai pun hancur berderai,lagikan kita sanggup pikul amanah ni.

Yang penting kita rasa MOTIVASI, tergerak nak buat baek. berfikir positif, bercakap yang baik-baik.
Sedar kita nak buat apa kerana wawasan mukmin itu akhirat dan tidak hanya terhenti di dunia ni.
Walaupun fizikal tak berapa sihat, mungkin keletihan/penat/dan seribu satu macam apa-apa,
 tapi (semangat adalah rasa ikatan bersama) yang mantap bagaikan ubat doktor kat operation theater.

"Syukur sangat-sangat ada kawan-kawan macam korang".
" THe best team yang pernah saya jumpa"
"Kepelbagaian kita merencahkan exp. point ini."
Terharu kan? Sesetengah orang kot. Chill out weh. PErnah terfikir macam ni?
Insyaallah kita semua mumtaz=berjaya.
Itulah. (3x)




-------------------------------------------
Kerana hati manusia itu ada kuncinya
Allah jua pemilik hati-hati kita
Tetapkan iman kami
Jangan bolak-balikkan hati kami.

Friday 6 April 2012

Jika kau menaruh harapan


Jika kau menaruh harapan,
ketahuilah;i'lam!
harapan itu terbina atas cita-cita dan impian
didasari niat yg akhirnya menunjukkan cara-cara
matlamat dan jalan untuk mendapatkannya.

Jika kau menaruh harapan,
ketahuilah!
harapan yg sia-sia adalah cita-cita yg pendek
terhenti setakat dunia sedangkan wawasan mukmin sampai ke akhirat

Jika kau menaruh harapan,
ketahuilah!
Jagalah Allah nescaya Allah akn menjaga kamu
Masuklah kedalam Islam seluruhnya.

Jika kau menaruh harapan untuk sebaris ulul albab,
ketahuilah!
ilmu itu senang dicari tetapi hikmah itu tersembunyi
Bukan sekadar memakai tingkatan usaha sahaja.

Jika kau menaruh harapan untuk membina mahligai impian,
ketahuilah!
itulah sunnah rasul kita
saling lengkap-melengkapi fitrah insan
dan juga satu bentuk ujian baru
manusia tidak pernah putus ujian sehigga bertemu Rabb.

Jika kau menaruh harapan utk kaya
Biar kaya budi dan amal sekali
Ketahuilah
Pada hari yg dibakar emas dan perak.

Ketahuilah
hikmah itu adalah hak orang mukmin
Ketahuilah
puasa itu perisai orang beriman
ketahuilah
sabar itu ibarat tembikai bersalut gula
yg menyejukkan badan di kala panas.
Adab membezakan peribadi.
Adab itu paling utama sebelum ilmu.

Usah kau berfalsafah
Kenapa berfalsafah
Di mana yg dikatakan berfalsafah?
Usah dikelirukan istilah-istilah -isme
Pandanglah sesuatu itu dgn mata hati sekali.

Thursday 8 March 2012

i'lam.

ketahuilah

hati itu berbolak-balik
syahadah mesti kuat dipasak    
iman mesti ditetapkan
dilenturkan hati dgn quran
pelembut hati yg keras sudah

menangis air mata yg sesal
terasa sebal
bila nafsu mengatasi akal
membuat pilihan yang dangkal

kerjasama pengikat kumpulan
kesefahaman dan komitmen,
lagi menyuburkan ta'awun
taqwa menjadi pegangan

masa tidak menoleh kita
kita mengejar masa
mengisinya dgn perkara yang aula
bersulamkan niat bukan rapuh
Dihiasi kefahaman yang sahih.