Friday, 6 April 2012

Jika kau menaruh harapan


Jika kau menaruh harapan,
ketahuilah;i'lam!
harapan itu terbina atas cita-cita dan impian
didasari niat yg akhirnya menunjukkan cara-cara
matlamat dan jalan untuk mendapatkannya.

Jika kau menaruh harapan,
ketahuilah!
harapan yg sia-sia adalah cita-cita yg pendek
terhenti setakat dunia sedangkan wawasan mukmin sampai ke akhirat

Jika kau menaruh harapan,
ketahuilah!
Jagalah Allah nescaya Allah akn menjaga kamu
Masuklah kedalam Islam seluruhnya.

Jika kau menaruh harapan untuk sebaris ulul albab,
ketahuilah!
ilmu itu senang dicari tetapi hikmah itu tersembunyi
Bukan sekadar memakai tingkatan usaha sahaja.

Jika kau menaruh harapan untuk membina mahligai impian,
ketahuilah!
itulah sunnah rasul kita
saling lengkap-melengkapi fitrah insan
dan juga satu bentuk ujian baru
manusia tidak pernah putus ujian sehigga bertemu Rabb.

Jika kau menaruh harapan utk kaya
Biar kaya budi dan amal sekali
Ketahuilah
Pada hari yg dibakar emas dan perak.

Ketahuilah
hikmah itu adalah hak orang mukmin
Ketahuilah
puasa itu perisai orang beriman
ketahuilah
sabar itu ibarat tembikai bersalut gula
yg menyejukkan badan di kala panas.
Adab membezakan peribadi.
Adab itu paling utama sebelum ilmu.

Usah kau berfalsafah
Kenapa berfalsafah
Di mana yg dikatakan berfalsafah?
Usah dikelirukan istilah-istilah -isme
Pandanglah sesuatu itu dgn mata hati sekali.